Sunday, 5 October 2014

Salam..

Assalamualaikum.....

Ros atau mawar adalah bunga kesukaan saya sejak kecil. Mula menanam sejak darjah 3 lagi. Cubaan pertama keratan ros kampung (Magenta) yang kakak minta dari jiran berbangsa India. Saya cucuk ditanah depan rumah. Tapi huhuhu tak pernahnya hidup sebab setiap hari sebelum pergi dah balik sekolah saya akan cabut batang yang dicucuk sebab nak tengok dah tumbuh akar ke belum. Aduhhhh!!! Jahilnya saya masa tu. Tapi tak kesahlah kan sebab akal bebudak. hehehe...

Dari masa ke semasa saya masih lagi terus menanam ros dalam sepokok dua. Macam biasalah tak pernah panjang umur. Tak sampai sebulan mati. Serik! Akhirnya saya pencen tanam ros. Saya tanam orkid dan pokok-pokok berdaun hijau jer. Sekian lama timbul semula niat nak tanam ros. Kali ni saya tanam dalam 30 pokok sekali gus. Beli pokok cap ayam jer. RM5 sepokok dalam polibag pelbagai warna. Semuanya saya tanam di tanah. Saya buat rosbed bertingkat. Tanah saya beli dari nursery. Dalam kepala dah mula terbayang small rose garden yang cantik. Tapiiiiiii..... huhu macam biasa semuanya mati tak sampai sebulan. Saya betul-betul serik kali ni. Ampun!!! No more roses..

Setahun selepas tu saya 'ter'pergi satu expo kat taman syahbandar Kuala Terengganu. dalam banyak-banyak gerai tu ada pulak sebuah gerai jual pokok-pokok. Bila terpandang pokok ros yang bersusun tu, aduhhh!!! hati mula berdetik. Mula terbayang semula ros garden yang cantik yang belum lagi jadi kenyataan. Kalau dulu tanam ditanah gagal, kali ni saya cuba dalam pasu pulak. Tiap hari saya jaga...saya belai. Namun seperti yang lepas-lepas, angan-angan tinggal angan-angan. Tak tahu nak kata apa dah bila semuanya mati tak sampai sebulan tanam. Kali ni saya nekad nak pencen selama-lamanya. Takmoh dah tergoda tengok ros. Serik doh wehhhh!!!!

Awal tahun 2012 hati meroyan semula nak tanam ros. Gitulah kalau dah memang minat ros. Tak boleh nak kata tak. Saya beli 10 pokok ros cap ayam. Saya tanam dalam pasu semuanya. Tak muat tempat saya terpaksa letak 2 pasu kat tempat panas. Dalam hati saya yakin yang 2 pasu ni akan mati dulu. Rupanya ternyata saya silap! Yang 2 pasu ni lah yang nampak cemerlang. Daun nampak cantik dan mula bertunas sedangkan 8 pasu yang saya letak bawah pokok tak ada yang bertunas. Dari situ saya mula terfikir yang ros mungkin hendakkan cahaya matahari. huh! Kenapalah saya tidak cari ilmu tentang ros dulu sebelum mencuba. Internet kan ada! Kesal..., kenapa lah saya tak terfikir tentang hal ni...

Maka bermulalah pencarian. Saya mula mencari apa jua artikle tentang ros di internet. Jangan kata matsaleh punya websites, indon punya pun saya redah. Hasilnya alhamdulillah. Rose garden yang dianggankan jadi kenyataan. Walaupun tak secantik omputih punya garden saya suka dah. Syukur sesangat...


















2 Yorum var:

Unknown said...

Tergodaaaa oooo..harus xtahan tgk ross..

Noorahman said...

Bestnyer...saya baru terfikir dan mula minat nk tanam ros jugak